Buli sekolah rendah, polis akan panggil 2 murid terlibat

Dari Penulis

POLIS kini membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan kejadian buli di sebuah sekolah rendah dekat Kuala Krai, Kelantan pada Khamis lalu.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/741

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kejadian berkenaan pada 10.55 pagi semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang berada di luar kelas telah didatangi dua murid lain.

“Dua murid itu dipercayai memukul mangsa.

“Pemeriksaan pakar perubatan mendapati mangsa yang berusia 11 tahun itu mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelasnya, kedua-dua suspek adalah kanak-kanak berusia 11 tahun dan merupakan murid di sekolah berkenaan.

Katanya, kesemua murid terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk diambil keterangan bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Kejadian ini telah dimaklumkan kepada pihak sekolah dan tindakan sudah diambil,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan siasatan akan dilakukan merangkumi semua aspek.

Sebelum itu tular video di laman sosial memaparkan dua murid lelaki membuli seorang murid lain di belakang bangunan sebuah sekolah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This