PADU buat Rafizi ‘ke laut’ dalam isu makan luar

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MEMPERCAYAI data di dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) didakwa menjadi punca Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli membuat kesimpulan ‘ke laut’ berhubung isu makan di luar.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, PADU adalah kajian sosioekonomi rakyat berdasarkan pendapatan selepas belanja bersih atau net disposable income.

Katanya, secara atas kertas, PADU nampak bagus kerana mengambil kira belanja berbanding analisa B40, M40, T20 yang tidak menggunakan data berkenaan.

Walau bagaimanapun, dakwanya, belanja bergantung kepada tabiat seseorang dan setiap individu mempunyai tabiat berbeza kerana desakan hidup berlainan.

“PADU yang berdasarkan pendapatan selepas belanja tadi membuatkan Rafizi bersifat ‘bias’ untuk menolak tanggungjawab berjimat kepada rakyat.

“Kemudian, dia mahu memaksa rakyat memilih satu tabiat yang Pak Menteri rasakan betul. Kalau PADU akhirnya dijadikan alasan kerajaan untuk memburukkan tabiat makan luar, ini dah tak betul!

“Pak Menteri Ekonomi kena faham yang penyelesaian isu ekonomi bukan setakat tambah tolak dan berjimat cermat. Cukup-cukuplah keluarkan formula dan harapan palsu,” dakwanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Suhaizan angkat sumpah Ahli Parlimen Pulai

Sebelum ini, Rafizi berkata, tabiat ketagih untuk makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Katanya, akibat daripada amalan tidak sihat itu juga menyebabkan mereka mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

“Satu-satunya (perkara perbelanjaan isi rumah) yang paling anjal dan sukar untuk diturunkan sebenarnya adalah makanan yang dimasak dan dibawa pulang.

“Itulah sebabnya kita mempunyai dikotomi apabila ia berkaitan dengan inflasi, ia kelihatan sihat. Ia kira-kira 2 peratus, 2.5 peratus.

“Tetapi secara amnya, orang ramai merasakan ini tidak betul kerana mereka merasakan mereka tidak cukup (wang) pada akhir bulan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This