MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membidas Kerajaan Madani yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa menjadikan bidang sukan dan pendidikan sebagai ‘mangsa politik’.
Beliau mendakwa, hal itu kerana EXCO sukan di empat kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) tidak lagi akan mempengerusikan Hari Sukan Negara peringkat negeri seperti sebelum ini.
Muhammad Sanusi berkata, beliau sudah bertanyakan mengenai perkara itu kepada pihak berkaitan namun tiada arahan bertulis dikeluarkan melainkan secara lisan.
“Ada wakil rakyat seorang di Kedah pergi tengok anak dia sukan di sekolah, pengetua sekolah itu kena panggil kerana membenarkan ahli politik masuk sekolah.
“Menteri Pelajaran kata boleh mohon tapi 30 hari (sebelum). Tak kan nak tengok anak sukan kena mohon 30 hari, tak masuk akal. Cakap lain buat lain, rasa ini politik 80-an tapi depa kata Madani… tak sesuai,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca juga: Keputusan Syed Saddiq dibebas atau disabit empat pertuduhan diketahui 9 Nov
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, urusan Hari Sukan Negara peringkat negeri di Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah akan diserahkan kepada Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Tapi depa mereka nak pakai DO (pegawai daerah) di peringkat daerah, EXCO sukan depa tak mau pakai, DO depa nak, nampak tak..?
“Saya rasa tak sihat politik macam tu, awat (kenapa) depa pecat Kedah dari Malaysia dah ka?
“Kalau rasa kita (Kedah) part of (sebahagian daripada) Malaysia tak patut buat macam tu, politik (macam) tu tahun 70, 80-an boleh la. Politik 2023 orang tak boleh buat macam tu noh, habaq (beritahu) depa tak payah main politik lagu tu, “katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

