KPM lancar garis panduan tangani kes buli, gangguan seksual

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual, dalam usaha mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kedua-dua garis panduan ini sangat penting untuk meneruskan sesi advokasi di semua peringkat bagi memastikan bahawa kesedaran, tanggungjawab dan sikap cakna tentang isu-isu berkaitan, agar ia dapat ditanggani secara bersama.

Tambahnya, jawatankuasa yang merangka kedua-dua garis panduan in turut mengambil kira perubahan terkini termasuk mendefinisikan semula maksud buli siber serta cadangan program intervensi dalam pengurusan salah laku buli dan gangguan seksual.

“Kita berharap seluruh warga KPM memberi komitmen dalam pelaksanaan garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera. 

“Penumpuan garis pelancaran ini adalah untuk memelihara ‘human dignity’ atau maruah manusia serta mengelakkan penindasan terhadap maruah ini daripada berlaku dalam ekosistem sekolah kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik, hari ini.

Baca juga: Didakwa hisap vape dalam Dewan Rakyat: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar

Fadhlina berkata, program hari ini merupakan contoh intervensi KPM dalam mengekang gejala buli dalam kalangan murid sekolah dengan cara memberi bimbingan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya gejala buli terhadap mental dan fizikal, selain mendidik murid agar mempunyai jati diri untuk tidak terlibat dengan salah laku buli. 

Beliau turut menegaskan bahawa buli, gangguan seksual dan perkauman adalah tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap pelaku kesalahan ini. 

“Pada pendapat saya, keadaan buli di sekolah-sekolah dalam negara masih terkawal dan kita sudah mempunyai proses kerja yang cukup efisien untuk menangani masalah ini.

“Namun sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan proses ini, boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana tindakan yang telah kita lakukan,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan garis panduan merangkumi pelbagai komponen itu akan diperincikan melalui surat pekeliling yang akan dikeluarkan KPM ke semua institusi pendidikan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This