5 peserta wakili Malaysia ke BMW Motorrad GS Challenge Namibia tahun depan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

LIMA peserta dinobatkan sebagai pemenang dalam pusingan akhir BMW Motorrad GS Challenge Malaysia 2023 yang berlangsung di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS), Putrajaya, hari ini.

Mereka merupakan 10 daripada 56 peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan dwitahunan itu, di mana ia telah dilangsungkan selama dua hari sejak semalam.

Lima pemenang tersebut adalah Zulkifli Zainal Abidin, Asmawi Ali, Diwaagar Tambychandran, Affendy Syed Omar dan Azlan Shah Ahmad Suhaimi.

Kesemua mereka memenangi tiket penerbangan ke Namibia untuk menyertai BMW Motorrad GS Challenge peringkat dunia bagi kategori Follow The Trail (FTT) tahun hadapan.

Kesemua lima pemenang BMW Motorrad GS Challenge Malaysia 2023 memenangi tiket penerbangan ke Namibia untuk menyertai BMW Motorrad GS Challenge peringkat dunia bagi kategori Follow The Trail (FTT) tahun hadapan. GAMBAR: Abd Razak Aid

Salah seorang pemenang Zulkifli, 44, berkata, beliau sudah mencuba untuk meloloskan diri pergi ke peringkat dunia sejak tahun 2016 lagi namun acap kali menemui kegagalan.

Ujarnya, meskipun begitu, beliau sering berada di dalam kelompok 10 penunggang terbaik dan tahun ini rezeki memihak kepadanya untuk ke Namibia pada tahun hadapan.

“Tahun ini alhamdulillah syukur dapat rezeki top 10 dan dapat tiket yang saya nanti-nantikan.

Penaung BMW Motorrad Malaysia, Dato’ Sri Shafiz Shahrani (kanan) menyampaikan piala kepada Zulkifli Zainal Abidin (tengah) sambil diperhatikan oleh Ketua BMW Motorrad, Ooi Choon Beng (kiri) pada Majlis Penyampaian hadiah BMW Motorrad GS Challenge Malaysia 2023 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Saya suka trail tahun ini, sebab saya nampak ada keperluan FTT ini kebolehan mengawal BMW GS pada jarak yang amat mencabar bukan sahaja teknikal.

“Tahun lepas lebih kepada teknikal, sebab untuk dihantar ke FTT berbeza dengan GS Challenge, bagi saya trek tahun ini memang bagus, sesuai untuk penunggang yang ada kebolehan FTT,” katanya ketika ditemui UtusanTV, hari ini.

Baca artikel lain: KPDN nafi bekalan makanan asas terputus di Pasir Gudang

Sebahagian daripada peserta-peserta bergambar bersama selepas menyertai BMW Motorrad GS Challenge Malaysia 2023 di Kelab Menembak Sasaran Shapadu (KMSS) Putrajaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua BMW Motorrad Malaysia, Ooi Choon Beng dan penaungnya yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Shapadu, Dato’ Sri Shafiz Shahrani.

BMW Motorrad GS Challenge Malaysia 2023 pada tahun ini menawarkan dua cabaran kepada peserta iaitu laluan ‘off road’ atau jalan tidak berturap dan berhalangan.

Laluan ‘off road’ melibatkan perjalanan sejauh 65 kilometer, ia membawa peserta melalui jalan-jalan sukar seperti ladang kelapa sawit dan kebun di sekitar Putrajaya, Jenderam, Dengkil serta Sepang.

Cabaran kedua pula melibatkan 13 halangan yang menguji kemahiran tunggangan termasuk aspek asas dalam dunia permotoran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This