POLIS mengesahkan penahanan seorang lelaki yang memandu kereta berwarna merah di Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat pada 6.45 petang, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, anggota polis unit peronda telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang dilihat memandu sendirian.
“Polis berjaya menemui dan merampas sepeket plastik berisi syabu.
“Saringan awal ujian air kencing juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Jelasnya, suspek kini direman selama sembilan hari sehingga Rabu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2)/ 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan dadah dan jenayah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

