Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet – Fahmi

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Tentang rombakan, tiada perbincangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini, ketika ditanya mengenai desas-desus kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal akan digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata mesyuarat Jemaah Menteri, membincangkan mengenai isu bekalan dan harga beras dengan beberapa keputusan penuh berhubung perkara itu, telah dibuat.

“Saya difahamkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat penuh tentang beberapa keputusan yang telah dibuat. Kita tunggu perkara itu,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Rombakan Kabinet hak mutlak, budi bicara PM – Zahid Hamidi

Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

“Pada waktu ini, tidak ada perbincangan dalam Jemaah Menteri mengenai sebarang cadangan kembalikan akta itu, jadi perkara ini tidak timbul.

“Sebelum ini saya dan Timbalan Menteri (Teo Nie Ching) ada menyebut bahawa Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sedang disemak semula, tetapi kita belum lagi bersedia untuk bawa ke Parlimen, kerana proses libat urus sedang berjalan,” katanya.

Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac 2018 dan diluluskan pada 2 April tahun sama, sebelum dimansuhkan pada 19 Dis 2019.

Pemansuhan itu selaras dengan komitmen kerajaan ketika itu untuk memansuhkan undang-undang zalim, serta memastikan pihak media mempunyai kebebasan menjalankan proses semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amanah pertahan Sharon Teo, nafi calon ‘payung terjun’ di Permas

PARTI Amanah Negara (Amanah) mempertahankan pencalonan Sharon Teo sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

More Articles Like This