SEBARANG rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) Kabinet untuk melakukan rombakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus yang tersebar mengenai kemungkinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merombak barisan Jemaah Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
Baca artikel lain: HAWANA 2023: PM akan buat beberapa pengumuman penting berkenaan industri media
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Sementara itu semasa dirujuk mengenai prestasi jemaah menteri ketika ini, Ahmad Zahid berkata pada pandangannya semua menteri telah melaksanakan tugas dengan baik.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

