TINDAKAN secara ad-hoc yang diambil kerajaan sekarang untuk mengatasi masalah beras tidak memadai dalam menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi dan boleh dibeli pada harga berpatutan oleh rakyat.
Ini kerana isu kekurangan beras putih tempatan masih lagi belum selesai walaupun telah berlarutan agak lama.
Malah, rakyat juga masih merungut tentang kesukaran untuk membeli beras tempatan di kedai-kedai runcit dan pasar raya berdekatan.
Sehubungan itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa, kerajaan mengemukakan pelan tindakan komprehensif untuk mengatasi masalah ini dalam memastikan rakyat mempunyai makanan di atas meja.
Ujarnya, ini termasuk tindakan penguatkuasaan lebih ketat dalam memastikan tidak ada pihak memanipulasi rantaian bekalan, menambah simpanan stok dan meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.
“Ramai yang beratur panjang untuk membeli beras di lokasi-lokasi jualan yang diusahakan oleh FAMA. Keadaan ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini.
“Perkembangan ini amat membimbangkan kita memandangkan beras adalah makanan ruji rakyat. Kerajaan mesti memandang serius masalah ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Kenyataan perantau jangan pulang PRK Pelangai hanya seloroh – Wan Rosdy
Muhyiddin menambah, kebergantungan terhadap import beras telah mendedahkan Malaysia dengan risiko kekurangan bekalan dan ketidakstabilan harga yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
Selain itu, ujarnya, pengeluaran beras dalam negara juga semakin merosot daripada 1.68 juta tan pada tahun 2021 kepada 1.57 tan pada tahun 2022.
“Ia mungkin permulaan kepada suatu krisis yang lebih besar pada masa hadapan. Kita tahu bahawa perubahan iklim dunia telah menyebabkan kemarau dan banjir di banyak negara yang menjejaskan pengeluaran bahan makanan termasuk beras.
“Kekurangan pengeluaran bahan makanan di negara-negara yang terjejas dengan perubahan iklim akan menjejaskan bekalan makanan di negara kita,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

