Tular anjing ‘curi’ bola ketika perlawanan bola sepak berlangsung

Dari Penulis

TULAR satu klip video memaparkan kejadian lucu apabila seekor anjing bertindak menceroboh padang sebelum ‘mencuri’ bola ketika perlawanan bola sepak Liga de Expansion dekat Stadium Teknologi Oaxaca, Mexico berlangsung pada malam kelmarin.

Memetik laporan Daily Star, perlawanan antara Alebrijes De Oaxaca menentang Dorados itu terpaksa dihentikan buat seketika bagi menangkap anjing tersebut.

Menerusi rakaman video dapat dilihat anjing berbulu coklat itu telah menceroboh padang dan berlari ke arah penjaga gol Dorados, Hernan Mendoza.

Anjing itu kemudian dilihat lincah menggelecek bola sepak yang berada di padang sebelum mengigit bola itu.

Kejadian itu berlaku lebih seminit.

Seorang pekerja dilihat cuba menangkap anjing itu dengan seutas tali namun gagal apabila anjing itu bertindak melarikan diri.

Dalam babak lucu itu, pengadil telah mengeluarkan masa tambahan selama tiga minit bagi memberi ruang untuk pekerja menangkap anjing itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This