KERAJAAN negeri Johor memperuntukkan RM78 juta sebagai langkah persediaan menghadapi banjir yang biasanya melanda pada akhir dan awal tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, peruntukan bertujuan melaksanakan kerja pembersihan dan penambahbaikan infrastruktur di 100 lokasi panas.
“16 pihak berkuasa tempatan (PBT) kita mengesan terdapat 100 lokasi panas banjir dan yang paling banyak di daerah ini.
“Untuk 100 lokasi panas banjir di 16 PBT ini, secara keseluruhannya kita peruntukkan RM78 juta dan kita bukan kerjasama dengan PBT sahaja, tetapi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga.
“Oleh sebab itu, mana kawasan longkang, sungai termasuk kolam-kolam takungan, kita sudah gerakkan kerja pembersihan dan pembaikan sejak awal tahun lagi,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Jururawat maut ditikam suami – Polis
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival UDA 2023 di Angsana Johor Bahru Mall, hari ini.
Mohd Jafni berkata, pihaknya sudah mengarahkan setiap PBT mengenal pasti lokasi panas banjir sejak tahun lalu selepas negeri ini berdepan banjir dan banjir kilat.
Sementara itu, mengulas mengenai isu hartanah di negeri ini, Mohd Jafni berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan syarikat pemaju hartanah membangunkan perumahan mampu milik di negeri ini dengan kos jualan di bawah harga RM300,000 seunit.
“Sasaran kita adalah membina 30,000 unit kediaman rumah mampu milik menjelang 2026,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

