BAHAN
300 gm daging cincang
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
1 labu bawang Holland – kisar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu kecil serbuk parsli kering
Sedikit minyak
BAHAN SOS TOMATO BASIL
3 biji tomato masak ranum – cincang
2 sudu besar puri tomato
1 cawan air
1 sudu kecil serbuk stok ayam
5 helai daun basil
1 cawan keju mozzarella – parut
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan daging cincang, tepung gandum, telur dan bawang Holland sehingga sebati. Kemudian, kepalkan menjadi bebola dan letakkan ke dalam acuan pembakar.
- Renjiskan sedikit minyak dan bakar bebola pada suhu 170⁰C selama 20 minit sehingga separuh masak. Setelah separuh masak, ketepikan.
- SOS TOMATO BASIL : Campurkan ke semua bahan dan masak sehingga pekat. Pastikan tidak berketul.
- Susun bebola daging ke dalam remekin dan tuangkan sedikit sos tomato. Taburkan dengan keju mozzarella dan bakar selama 15 minit sehingga masak.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

