SEPULUH lelaki direman selama dua hari bagi membantu siasatan kejadian rusuhan membabitkan dua kumpulan longkai di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras pada awal pagi semalam.
Video penuh klik link di bawah.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya berjaya menahan dua lagi lelaki di sekitar Kuala Lumpur pada awal pagi tadi.
“Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Ibu Pejabat Daerah Brickfields dan permohonan reman dibenarkan sehingga Rabu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
UtusanTV semalam melaporkan kejadian rusuhan melibatkan beberapa lelaki tempatan itu berpunca daripada satu kejadian kemalangan motosikal.
Dua kumpulan longkai telah bergaduh bagi menunda motosikal terbabit.
Seramai lapan lelaki berjaya ditahan pada pagi semalam selepas disyaki terlibat dalam kejadian rusuhan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

