Hujan berterusan tahap waspada di 3 negeri mulai esok

Dari Penulis

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka mulai esok hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia negeri itu ialah Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Pahang (Bentong dan Rompin); dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).

Baca artikel lain: Pas tak rayu pembatalan kemenangan Parlimen Kemaman

Ribut petir juga dijangka di Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Mersing dan Kota Tinggi); dan Sabah (Kinabatangan dan Sandakan).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This