Astro janji akan lunaskan bayaran RM10,000 kepada keluarga Hamid Gurkha

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KELUARGA Allahyarham Hamid Gurkha bakal menerima tuntutan wang berjumlah RM10,000 terhadap Astro tidak lama lagi.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Saleh memberikan jaminan tersebut selain terkilan dengan isu yang berlaku.

“Astro akan melunaskan pembayaran Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 yang dianugerahkan kepada arwah Hamid Gurkha.

“Pihak produksi AME sedang berurusan dengan keluarga arwah untuk menyelesaikan isu ini secepat yang mungkin.

“Kami kesal atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada URTV.

Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, keluarga pelawak Allahyarham Hamid masih menanti wang kemenangan berjumlah RM10,000 dari Astro yang tertunggak sehingga sekarang.

Anak ketujuhnya, Nor Azian berkata, bapanya diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP AME2021 yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.

Selepas itu, mereka menunggu wang kemenangan yang belum lagi diberikan sehinggalah bapanya meninggal dunia pada 14 Jun 2022.

Keadaan ini sekali gus membuatkan mereka terlupa berkenaan duit terbabit yang belum diterima.

Apabila ibunya teringat perkara ini, mereka merujuk kepada Astro dan perlu menyediakan pelbagai dokumen sebagai bukti tuntutan.

Mereka yang bercadang menyerahkan wang ini sepenuhnya kepada ibu mereka sebagai tanda kasih sayang turut disaran menggunakan khidmat peguam, namun menolak kerana kos yang tinggi.

Jika sekiranya perlu menggunakan peguam, Azian berkata, mereka akan melupakan sahaja perkara ini.

Arwah Hamid meninggal dunia disebabkan kesukaran bernafas selepas seminggu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

Arwah meninggalkan seorang balu, Timah Abdul Hamid dan lapan orang cahaya mata namun dua daripadanya sudah meninggal dunia.

Arwah memiliki 32 cucu dan 18 cicit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This