Dua geng longkai merusuh, 12 lagi lelaki direman tiga hari

Dari Penulis

SERAMAI 12 lagi lelaki direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kejadian rusuhan membabitkan dua kumpulan longkai di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras pada awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, 12 lelaki berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur pada petang semalam.

“Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Ibu Pejabat Daerah Brickfields dan permohonan reman dibenarkan sehingga Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Jelasnya, sehingga kini seramai 22 lelaki telah ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian rusuhan itu.

UtusanTV sebelum ini melaporkan kejadian rusuhan melibatkan beberapa lelaki tempatan itu berpunca daripada satu kejadian kemalangan motosikal.

Dua kumpulan longkai telah bergaduh bagi menunda motosikal terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This