Saya tidak fikir soal jawatan dalam Kabinet – Dr Akmal

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menegaskan beliau sama sekali tidak pernah memikirkan soal jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya, Dr Muhamad Akmal berkata, beliau ketika ini memberi 100 peratus fokus untuk melaksanakan tanggungjawab sedia ada dengan sebaiknya.

Dr Muhamad Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka berkata, setiap jawatan yang diberikan merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik.

“Saya tidak memikirkan untuk berada di dalam Kabinet kerana fokus utama adalah untuk melaksanakan apa sahaja tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

“Baik amanah sebagai wakil rakyat, Exco mahupun apa sahaja, yang penting ia mesti dilaksanakan dengan baik. Jawatan ini satu tanggungjawab. Jika ada Alhamdulillah, jika tiada pun Alhamdulillah.

“Kerja tetap jalan seperti biasa. Saya tidak pernah memikirkan hal tersebut dan tidak pernah meminta. Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan (akar umbi UMNO),” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata demikian kepada UtusanTV ketika diminta mengulas mengenai gesaan akar umbi UMNO agar Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memasukkan beliau ke dalam Kabinet sekiranya berlaku rombakan nanti.

Baca juga: Akar umbi UMNO gesa Dr Akmal sertai Kabinet Kerajaan Perpaduan

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO seluruh negara menggesa Ahmad Zahid untuk meletakkan Dr Muhamad Akmal menyertai Kabinet Kerajaan Perpaduan sekiranya berlaku rombakan.

Antara hujah gesaan tersebut adalah langkah itu penting bagi membawa gelombang suara anak muda dalam Dewan Rakyat nanti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This