Jabatan Perhutanan diminta pantau aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Galla

Dari Penulis

JABATAN Perhutanan Negeri Sembilan diminta mengambil tindakan sewajarnya atas dakwaan penduduk Orang Asli yang terkesan akibat aktiviti pembalakan di kawasan Hutan Simpan Galla.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata agensi itu juga diarahkan untuk terus memantau aktiviti pembalakan tersebut dan mengambil langkah meminimumkan segala permasalahan.

“Saya selalu minta Jabatan Perhutanan lihat semula kawasan jika ada pelanggaran, tetapi menurut mereka tiada apa-apa yang melanggar peraturan.

“Pembalakan tersebut dibenarkan (sah), balak yang ditebang juga terpilih sahaja iaitu pokok yang matang sahaja. Kawasan pembalakan itu juga jauh dari kawasan penduduk, jadi tidak timbul isu,” katanya kepada pemberita pada sidang media Mesyuarat EXCO.

Baca artikel lain: Penularan penyakit X boleh berasal dari pelbagai sumber termasuk haiwan

Aminuddin berkata pihaknya ada menerima bantahan penduduk tetapi perkara tersebut telah dibincangkan antara Jabatan Perhutanan, pemilik lesen pembalakan dan masyarakat Orang Asli yang bersetuju di peringkat awal.

Sementara itu, penduduk Orang Asli di tiga kampung di jajaran Bukit Galla dekat sini mendakwa aktiviti pembalakan menyebabkan air sungai menjadi keruh terutamanya apabila berlaku hujan lebat, sejak Ogos lalu.

Wakil penduduk, Panjang Anak Lelaki Pandak, 63, berkata lebih 1,000 penduduk terkesan akibat air keruh tersebut melibatkan Kampung Tekir, Kampung Belihoi dan Kampung Sungai Mahang.

Katanya penduduk di tiga kampung itu bergantung sepenuhnya dengan sumber air sungai di kawasan tersebut bagi menjalani kehidupan harian.

“Kami berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dengan masalah ini, air keruh memerlukan masa paling kurang dua minggu untuk kembali bersih. Penggunaan air ini sangat penting untuk kami di sini,” katanya ketika ditemui Kampung Sungai Mahang di Nilai, dekat sini.

Beliau berkata masyarakat Orang Asli mengetahui aktiviti pembalakan tersebut dibenarkan namun agensi berkaitan seharusnya lebih peka dengan kesan dialami penduduk di kampung tersebut.

Katanya aktiviti pembalakan itu juga menjejaskan sumber makanan dan pendapatan mereka kerana tumbuhan herba seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah antara mata pencarian penduduk di situ.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This