Penghantaran diesel ke Filipina bukan berasal dari Malaysia – MTEN

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

LAPORAN media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel ke negara itu disahkan bukan berasal dari Malaysia.

Sehubungan itu, Pasukan Pengurusan Krisis Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Pada masa sama, MTEN turut meminta orang ramai untuk merujuk kepada sumber rasmi kerajaan.

“Kerajaan mengambil maklum laporan media Filipina mengenai penghantaran 329,000 tong diesel dari Malaysia.

“Semakan awal mengesahkan diesel tersebut bukan berasal dari Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perkhidmatan Berita Filipina (PNA), agensi berita kerajaan Filipina, melaporkan kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia telah dihantar ke negara itu.

Ketibaan penghantaran kedua diesel diperoleh kerajaan itu menyusuli bekalan pertama sebanyak 142,000 tong atau 22.578 juta liter dari Jepun pada 26 Mac.

Ia selaras arahan Presiden Ferdinand Marcos Jr, di bawah Perintah Eksekutif 110 bagi memastikan bekalan minyak yang stabil dan mencukupi ketika ketidaktentuan pasaran luar meningkat.

Setiausaha Jabatan Tenaga Filipina, Sharon Garin, berkata ketibaan penghantaran itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh bekalan domestik ketika ketegangan di rantau Teluk terus memuncak.

“Penghantaran terbaharu ini terus mengukuhkan kedudukan bekalan kita pada ketika risiko luaran masih wujud dan situasi di Timur Tengah terus berkembang,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This