SEORANG bayi perempuan berusia lapan bulan disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dekat parkir Hospital Canselor Tunku Muhriz, Cheras, 5.53 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada pegawai perubatan hospital yang sama.
Siasatan mendapati ibu mangsa yang juga merupakan seorang doktor bertugas di hospital tersebut telah meletak mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri untuk dihantar ke taska pada pukul 7.20 pagi.
“Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu kereta ke tempat kerja dan beranggapan mangsa telah dihantar ke taska.
“Ibu mangsa hanya menyedari mangsa masih berada di dalam kereta pada petang hari selepas dimaklumkan oleh suami yang mangsa tidak dihantar ke taska,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa telah disahkan meninggal dunia pada hari yang sama.
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

