SEORANG lelaki melecur sementara 12 buah motosikal dilaporkan rosak dalam kejadian letupan gas di sebuah kediaman dekat Tingkat 10, Apartmen Desa Tun Razak, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 10.59 malam.
Beliau berkata, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dan Bandar Tun Razak telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Komander Operasi Norasmah Alias berkata kebakaran berpunca daripada kebocoran gas dan berlaku letupan.
“Letupan tersebut turut melibatkan dua buah rumah berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.
Jelasnya, seorang lelaki berusia 32 tahun telah melecur sebanyak 30 peratus dan dihantar ke zon merah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Katanya, 12 buah motosikal rosak akibat dihempap dinding dari bahagian dapur rumah berkenaan yang meletup sebelum jatuh dan mengenai motosikal di kawasan terbabit.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan,”ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

