Anwar nasihat Hamzah jangan baca dari sumber ‘cut and paste’

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin agar tidak membaca daripada sumber cut and paste.

Kenyataan Anwar itu merujuk kepada tuduhan Hamzah bahawa jawapan Perdana Menteri dalam temu bual dengan CNN seperti cut and paste tanpa penjelasan yang menyeluruh.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, terdapat unsur-unsur khianat yang sengaja memotong temu bual beliau dengan CNN untuk menunjukkan seolah-olah beliau tidak memberi jawapan yang lengkap.

“Saya syorkan lihat keseluruhan temu bual itu, tiada cut and paste dibuat. Kita telah tunjukkan, yang dikeluarkan CNN International dan Amerika Syarikat yang menyiarkan sepenuhnya jawapan (saya), tetapi ada unsur-unsur khianat yang sengaja memotong dan menunjukkan (saya) tidak ada jawapan yang lengkap.

“Ada juga dialog yang memberikan penjelasan yang sama. Saya berharap Yang Berhormat Larut jangan baca dari sumber cut and paste, tetapi baca jawapan yang sepenuhnya.

“Yang kedua, saya setuju saranan Larut perlu ada keterangan lebih lengkap, sebab itu saya syorkan baca Ekonomi Madani bersama Kajian Separuh Penggal dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) yang mencerakin secara menyeluruh pelaksanaan program,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Baca juga: Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Ekonomi Madani yang dicetuskan di bawah pentadbirannya bertunjangkan kemampanan ekonomi dan pembangunan fizikal selain isu nilai dan ehsan.

“Asas pertama, konteks negara kita berbeza pasca Covid-19 kita terima kenyataan kita berhadapan dengan keadaan tidak terjangkau dan kadang-kadang berlaku dalam keadaan serentak.

“Oleh itu kita memikirkan keperluan memperkenalkan dasar yang selari dengan nilai, agama, pemikiran dan masalah tempatan yang tidak semestinya sesuai dengan saranan awal Bank Dunia.

“Ekonomi Madani juga mendokong cita-cita menyeluruh negara bukan sahaja hasil ekonomi tetapi sasaran sosial, tatakelola,” jelas beliau.

Beliau turut bersetuju bahawa usaha untuk memberi penjelasan lebih lanjut perlu digerakkan supaya rakyat faham tentang Ekonomi Madani.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This