Sedar akan keperluan perlindungan tambahan pada kulit wajah, Wawa Cosmetics menerusi produk terbaharu, Wawa Tinted Sunscreen menawarkan solusi dua dalam satu. Jelas pengasas Wawa Cosmetics, Wawa Zainal, pemilihan bahan aktif di dalam produk ini bukan sahaja membantu mengelakkan cela, namun turut memudahkan sesi solekan.
“Kami memilih SPF 35+ dan PA+++ kerana ini kandungan yang terbaik bagi perlindungan wajah, ia tidak berminyak dan cukup ringan. Jadi selesa dipakai walau seharian di luar.
“Buat masa ini kami hanya mempunyai tona warna ‘light’ dan ‘natural’ sahaja, namun melihatkan permintaan yang cukup positif, Insya-Allah lebih banyak pilihan tona warna akan dikeluarkan,” ulas Wawa.
Tegas Wawa, penggunaan ‘suncreen’ cukup penting dalam rutin penjagaan kulit wajah, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca Malaysia yang panas.
“Wawa Sunscreen lebih kepada produk skincare dan bagi saya, penggunaan sunscreen ini seharusnya dimulakan seawal usia setahun dan setiap kali keluar daripada rumah kerana cuaca di sini sangat panas. Kulit terdedah kepada sinaran matahari,” katanya lagi.

Menyatakan pemilihan Dahlia Rizal sebagai duta, jelas Wawa, dia terpegun akan kejelitaan Dahlia dan memutuskan wanita itu merupakan wajah yang sesuai untuk mewakili jenamanya sementelah Dahlia sendiri merupakan pengguna setia Wawa Cosmetics.
“Saya suka tengok Dahlia dan ambil keputusan untuk jadikannya sebagai duta. Sebagai wanita, saya sendiri suka lihat wanita cantik.
“Dahlia sendiri merupakan pengguna Wawa Cosmetic dan cukup mudah bekerjasama dengannya. Malah golongan muda suka dengan Dahlia kerana kecantikan dan wajahnya yang ‘fresh’. Dia buat apa pun cantik,” ulas Wawa.
Menurut jurusolek terkenal, Khai Baha, Wawa Tinted Suncreen dapat melitupi cela di wajah selain perlindungan daripada sinaran matahari seperti UVA dan UVB. Malah, jelasnya sewaktu sesi solekan, penggunaan Tinted Suncreen SPF 35+ juga memberi nilai tambah dengan ‘coverage’ lengkap tanpa penggunaan bedak asas.

