Katakan tidak kepada paraben dan sebarang pewangi, Millefleur tampil dengan Serum Penghidratan yang inovatif dengan tiga bahan semulajadi utama iaitu Aloe Vera, Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate.
Bukan sekadar rutin kecantikan dan penjagaan kulit wajah, serum Millefleur mampu mengekalkan kelembapan, mengurangkan kekeringan dan mengembalikan kehalusan kulit serta merawat pigmentasi.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, selepas mengkaji khasiat aloe vera yang mampu merawat semua jenis kulit serta mempunyai ciri penyembuhan terhadap masalah kulit, ia sekali gus memberi inspirasi kepada Golden Millefleur Trading Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan aloe vera menerusi jenama Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum.
“Idea ini terhasil apabila salah seorang ahli keluarga kepada pengasas produk ini mengalami masalah kulit muka. Dia menggunakan aloe vera yang dipotong, kemudian di simpan di dalam peti sejuk dan digunakan untuk mengosok muka setiap hari sehinggalah masalah jerawat berjaya diatasi dan kulit wajah menjadi bersih dan licin.
“Jadi timbul idea untuk menjadikan aloe vera sebagai asas utama dalam pembikinan produk serum kecantikan ini. Ditambah pula dengan dua bahan utama iaitu Alpha Arbutin dan Sodium Hyaluronate mampu membantu meningkatkan kemulusan kulit dan menjadikannya cerah dan bersiri dari dalam,” katanya.

Meletakkan sasaran 1 rumah 1 serum Millefleur menjelang tahun 2024, produk ini bakal menembusi pasaran Asia terutama Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina.
“Idea utama kami ialah mahu setiap rumah memiliki satu serum Millefleur dan mensasarkan satu juta produk terjual menjelang tahun 2024.
“Buat masa ini kami memberi fokus kepada negara Asia dahulu kerana keadaan cuaca yang sama. Dan kami memilih bahan semulajadi walaupun mengakui harganya agak mahal kerana tahu mereka yang mengutamakan kecantikan akan memilih bahan terbaik untuk digunakan pada wajah,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi berbakat besar, Wanna Ali diangkat sebagai duta Millefleur. Jelas Wanna, bahan organic yang digunakan sebagai bahan asas dan keberkesanannya membuatkan dia bersetuju menjadi wajah Millefleur.
“Sebelum bersetuju dengan tawaran ini, saya terlebih dahulu menggunakannya selama sebulan dan nyata ia memberikan kesan terbaik kepada wajah.
“Saya mempunyai kulit sensitif jadi sukar untuk sesuai dengan sebarangan produk. Namun Millefleur menggunakan bahan organik dan ia sesuai dengan saya,” kata Wanna.

Bagi menambah keyakinan kepada pengguna, produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal. Lebih menarik, Millefleur turut bakal mengeluarkan produk pelembap muka dan krim pelindung matahari (sunblock) dalam waktu terdekat.
Bagi merancakkan aktiviti promosi Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum, Millefleur turut menawarkan hadiah lumayan kepada pengguna produk serum ini.
Dengan setiap pembelian Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum berharga RM118, pelangan boleh menyertai peraduan #WakingUpToHealthySkin dengan memuat naik video kreatif anda bersama produk di media sosial beserta hashtag #WakingUpToHealthySkin #Millefleur dan ikut media sosial Millefleur @millefleurhq

