SEORANG pemandu Ferrari dipercayai mengantuk mencetus suasana tegang selepas merempuh lima buah kenderaan yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat.
Video penuh kejadian klik pautan di bawah ⬇️
https://t.me/infoutusantv/1124?single
Pemandu kereta mewah menyebabkan penunggang motosikal terlibat marah selepas kejadian sebelum ditahan oleh pihak polis.
Kejadian dilapor berlaku pukul 3.30 pagi (WIB) waktu tempatan pada Ahad lalu di Jalan Jenderal Sudirman, Jakarta Pusat.
Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Jhoni Eka Putra berkata, pemandu berusia 29 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Jakarta bagi urusan kerja dan dipercayai memandu dalam keadaan mengantuk.
“Pada saat kami mengambil keterangan, pemandu kereta Ferrari berkenaan dalam keadaan mengantuk,” jelasnya memetik laporan Detik News.
Baca: Polis siasat video tular anggotanya pukul OKT dalam tahanan
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemuda berkenaan yang dilaporkan memandu pada kelajuan 100 kilometer sejam merempuh dua buah kereta dan tiga buah motosikal dari arah belakang.
Lima kenderaan yang dirempuh itu termasuk sebuah Toyota Avanza, Honda Brio serta tiga motosikal masing-masing jenis Honda Beat, Benelli Sport dan Honda Verza.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun dua orang mangsa yang terlibat di dalam nahas tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan di sebuah hospital di Jakarta Selatan.
“Penunggang motosikal Benelli Sport mengalami luka-luka dan terseliuh di bahagian kaki manakala penunggang Honda Verza mengalami luka dan lebam di tangan dan paha kanannya,” kata Jhony lagi.
Pihak polis turut mengesahkan bahawa pemandu Ferarri itu keadaan sedar dan tidak dibawah pengaruh alkohol ketika kejadian selain memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
Malah pemandu yang merupakan seorang usahawan itu turut berjanji untuk membayar ganti rugi kepada mangsa-mangsa yang terlibat di dalam nahas berkenaan.
Menerusi klip video yang tular Ahad lalu memaparkan sebuah kereta jenis Ferrari 458 Italia dalam keadaan remuk teruk di bahagian hadapan ekoran nahas berkenaan.
Harga bagi sebuah Ferrari 458 Italia di pasaran Malaysia ketika dilancarkan mencecah RM2 juta.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

