KERAJAAN mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000 ringgit pada tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan itu juga akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan
sukan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium.
“Ini termasuklah RM20 juta di bawah inisiatif Road to Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.
“Bagi memperkasa ekosistem atlet para, RM12 juta disediakan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk program latihan dan persediaan
atlet ke temasya sukan para antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kedua Madani di Dewan Rakyat hari ini.
Baca juga: Malaysia, Thailand tubuh pasukan petugas tingkat kerjasama dua hala
Mengulas lanjut, Anwar berkata, sebanyak RM50 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf kemudahan belia dan sukan seluruh negara khususnya bagi prasarana yang daif.
Katanya, susulan sambutan tahun ini yang amat menggalakkan, kerajaan akan terus menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi
menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan dan sektor swasta.
“Kerajaan bersetuju memberikan potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

