Belanjawan 2024: Penjawat awam terima insentif RM2,000, pesara RM1,000

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak akan menerima insentif sebanyak RM2,000 menerusi Belanjawan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua jawatan utama sektor awam melibatkan anggota polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform juga akan menerima RM1,000.

Pada masa sama, Anwar yang juga menteri Kewangan berkata, sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Beliau berkata, insentif itu diberikan sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijangka dapat dimuktamadkan penghujung tahun hadapan.

Kata beliau, bayaran itu akan dibuat secara sekali gus pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

“Kerajaan sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam yang kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2012.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2024: RM2.6 bilion salur subsidi, insentif kepada pesawah, nelayan

“Sementara menunggu kajian ini lengkap, sukacita diumumkan, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Perdana Menteri turut menyarankan majikan swasta turut sama mengkaji kesesuaian saraan serta ganjaran kepada pekerja mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

“Tahun hadapan, kerajaan akan mula mempergiat sesi libat urus. Saya menyeru untuk pihak swasta untuk memberi ganjaran terutama syarikat yang mempunyai keuntungan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan itu menyaksikan sebanyak RM393.8 bilion diperuntukkan – nilai tertinggi berbanding bajet-bajet yang dinyatakan sebelum ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This