Ibu Shila Amzah buka mulut, perli menantu – “Awak juga cuci kaki masuk rumah”

Dari Penulis

IBU kepada Shila Amzah dilihat memerli menantunya dalam satu hantaran di Instagram selepas pelbagai komen negatif dilemparkan susulan penyanyi itu mahu menjual rumah yang didiami keluarganya.

Dalam nada sarkastik Fauziah, 56, mendakwa menantunya iaitu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, juga menumpang kemewahan Shila selepas berkahwin dengan penyanyi Patah Seribu itu.

Ubai turut dilabel sebagai ‘orang luar’ oleh Fauziah dan dia juga mengucapkan terima kasih kepadanya atas layanan yang diberikan selepas menatangnya seperti anak sendiri.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah emak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan emak begini.

“Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila, terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian,” ujarnya.

Awal pagi Jumaat, Fauziah telah meluahkan perasaanya menerusi hantaran di Instagramnya, bagaimanapun, dia bertindak memadam hantaran terbabit selang beberapa minit selepas dimuat naik.

Selain itu, menurut Fauziah dia dah menantunya tiada perbezaan kerana Ubai juga hanya ‘cuci kaki’ ketika melangkah masuk ke rumah anaknya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

“Kita tiada beza… Awak juga cuci kaki masuk rumah,” katanya lagi.

Perbalahan adik-beradik yang mendapat perhatian itu telah menjadikan Fauziah sebagai sasaran komen-komen negatif yang diantaranya mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Dalam pada itu, ada juga yang menuduh dia mengambil kesempatan terhadap kejayaan anaknya, Shila untuk terus bekerja bagi menyara keluarga.

Terdahulu, anak bongsunya, Syada Amzah mendakwa bahawa banglo yang didiami keluarganya bakal dijual dan mereka bakal dihalau keluar daripada situ.

Namun, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut dalam siaran langsung di Tiktoknya.

Menurut Shila, banglo berkenaan dijual kerana dia mahu mencari rumah yang lebih baik buat ibunya.

Tidak berakhir disitu, adik lelaki kepada Shila, Syafiq turut mendedahkan bahawa kakaknya tidak membuat sebarang perbincangan dalam urusan penjualan rumah yang dianggap rumah pusaka itu.

Menurut Syafiq, dia mendakwa hasrat kakaknya untuk menjual rumah tersebut adalah kerana memiliki nilai yang tinggi dalam pasaran.

Malah, Shila didakwa telah datang ke rumah keluarganya serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This