Penunggang motosikal maut tersepit bawah lori

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah tayar lori di Kilometer 23.1, Lebuhraya Lembah Baru Klang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 6.45 pagi/

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori treler dengan sebuah motosikal Yamaha LC135,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa seorang lelaki Melayu berusia 30-an telah dikeluarkan oleh bomba sebelum diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This