Fahmi ucap takziah kepada keluarga Noor Azlina

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas jurufoto Kumpulan Utusan, Noor Azlina Jaafar yang meninggal dunia malam semalam.

Fahmi menerusi hantaran di media sosial hari ini berkata, beliau pernah bertemu dengan Allahyarhamah pada 14 April lalu untuk memberi sumbangan Tabung Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Nor Azlina Jaafar, bekas jurufoto Kumpulan Utusan, yang telah meninggal dunia hari ini.

“Kali terakhir saya bertemu Allahyarhamah pada 14 April lepas ketika memberi sumbangan Tabung HAWANA kepada suaminya, Muhammad Basir Abu Bakar yang juga bekas wartawan Kumpulan Utusan.

“Semoga keluarga Allahyarhamah tabah dengan ujian ini. Al-Fatihah,” katanya.

Baca juga: Bekas jurufoto Utusan, Noor Azlina meninggal dunia

Muhammad Basir Abu Bakar bersama anaknya menyiram air ke pusara isterinya yang juga bekas jurugambar Utusan Kumpulan Utusan, Noor Azlina Jaafar,45, di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 Cheras, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Noor Azlina Jaafar, 45, meninggal dunia di Hospital Serdang semalam dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di Batu 10, Cheras hari ini.

Allahyarhamah meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak perempuan dan seorang lelaki yang masih di sekolah rendah.

Nor Azlina dan suami adalah antara lebih 800 bekas pekerja Kumpulan Utusan yang diberhentikan selepas syarikat itu diisytihar bankrap pada 2019.

Bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga, pasangan tersebut terpaksa berniaga termasuk menjadi ejen pewangi kereta, membuka gerai burger di rumah dan ejen kereta sewa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This