SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samun di dalam lif di sebuah pangsapuri dekat Johor Bahru, pada Ahad, pukul 5.25 petang.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1234
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang lelaki tempatan berusia 14 tahun.
Beliau berkata, mangsa mendakwa telah disamun oleh dua lelaki semasa berada di dalam lif.
“Bertindak atas maklumat, polis telah melakukan serbuan di sebuah pangsapuri dekat Johor Bahru dan menahan seorang suspek berusia 43 tahun pada 11 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, turut dirampas sebuah telefon bimbit, sehelai seluar jeans dan sepasang kasut.
Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai empat kes jenayah dan tiga kes melibatkan dadah.
“Saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

