PENGARAH Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim mencipta sejarah tersendiri apabila menerima anugerah CEO Champion (SME).
Dr Irmohizam menerima anugerah tersebut sempena Life at Work Awards (LAWA) 2023 yang merupakan inisiatif oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).
WTCKL dalam kenyataan berkata, anugerah itu adalah pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau yang luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempromosikan kepelbagaian, ekuiti dan rangkuman (DEI) di tempat kerja.
“Pencapaian cemerlang Dr Irmohizam menjadi bukti kepada gaya kepimpinan beliau yang unik, bercirikan komitmen yang mendalam terhadap sifat pembawaan beliau iaitu seorang pemimpin yang berkhidmat dan mengutamakan kesejahteraan dan pertumbuhan pekerja.
“Pendekatan berwawasan beliau telah menyumbang dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan memperkasakan tenaga kerja, memupuk suasana pertumbuhan dan keterangkuman di Malaysia.
Sumbangan beliau melangkaui peringkat nasional, seperti yang dibuktikan oleh peranan penting beliau dalam pelbagai organisasi antarabangsa yang besar,” jelas kenyataan tersebut.
Menurut WTCKL, Dr Irmohizam menerima penghormatan sebagai rakyat Malaysia pertama yang dipilih menganggotai Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) sekaligus menjadi bukti pengiktirafan dan pengaruh global beliau dalam industri.
Jelas WTCKL, jawatannya sebagai Pengerusi Konvensyen dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga menggariskan kepakaran mendalam dan sumbangan meluas beliau dalam industri Acara Perniagaan.
Dalam pada itu, Dr Irmohizam berkata, beliau berbesar hati untuk menerima anugerah berprestij tersebut,
Katanya, pengiktirafan itu adalah bukti komitmen WTCKL yang tidak berbelah bahagi untuk mengutamakan warga syarikat dan memupuk budaya kepelbagaian dan keterangkuman.
“Saya komited untuk meneruskan usaha kami dalam memacu perubahan positif dan menyokong kemajuan kepelbagaian, ekuiti dan keterangkuman di tempat kerja dan di mana-mana sahaja.” katanya.
Untuk rekod, LAWA adalah kerjasama antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan TalentCorp.
Ditubuhkan pada 2011, TalentCorp merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (MOHR) yang memacu strategi bakat Malaysia ke arah menjadi hab bakat yang dinamik.
LAWA juga adalah rangka kerja anugerah Kepelbagaian, Ekuiti, dan Rangkuman (DEI) yang paling komprehensif di Malaysia, mengiktiraf usaha organisasi yang telah berjaya menerajui agenda DEI.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

