‘’Nak timbul ceritapun biarlah munasabah’’ – Hadi

Dari Penulis

MUKTAMAR TAHUNAN PAS KALI KE-69

PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan dakwaan bahawa Pas akan meletakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 28 November ini sebagai tidak munasabah.

Tegasnya, jika pihak tertentu mahu menimbulkan sebarang cerita berhubung calon PRK  tersebut biarlah berdasarkan cerita yang munasabah.

“Tidak….tidak munasabah hendak timbulkan (cerita) berhubung calon PRK Kemaman… biarlah munasabah,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan yang mendakwa Pas sedang mempertimbangkan untuk meletakkan Dr.Mahathir sebagai calon parti itu di PRK berkenaan yang ditetapkan penamaan calon pada 18 November ini.

Mengulas laporan yang menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjemput Pas pada tahun lalu sertai Kerajaan Perpaduan, Abdul Hadi berkata, Pas tidak menerima sebarang jemputan rasmi berhubung perkara itu.

‘’ Jemputan melalui media antarabangsa ada, tidak kepada Pas,’’ katanya.

Mengenai kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk .Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang secara sinis berkata,  dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam tidak lagi boleh digunakan dan DAP akan disucikan jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, Abdul Hadi berkata,’’

‘’ “Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia… nak suci macam mana?,’’ kata Abdul Hadi sambil menyebut golongan apa yang beliau maksudkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This