PARTI Amanah Negara (Amanah) Perak menempelak pemimpin Pas yang menyatakan rasa yakin akan mampu mentadbir semula kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Pengerusinya Datuk Asmuni Awi berkata, realitinya perkara itu tidak akan berlaku kerana pentadbiran di antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kukuh.
Katanya lagi, selain itu semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terikat dengan undang-undang yang menghalang mereka melompat parti.
“Pas seharusnya berhenti berangan. Mereka perlu menerima hakikat keputusan yang dipilih rakyat yang tidak mahu Pas memerintah negeri ini. Tunggulah sehingga PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang untuk jadi kerajaan.
“Hormatilah kehendak rakyat. Biar kerajaan sedia ada meneruskan pentadbiran tanpa gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Dunia perlu lipat ganda usaha untuk bantu Gaza – Agensi PBB
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Perak, Mohd Fakhrudin Abd Aziz seperti dilaporkan media bahawa Pas mengharapkan mereka dapat memerintah Perak dalam masa terdekat.
Perkara itu dibangkitkan ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-69 sebagai perwakilan dari Perak.
Dalam pada itu, Asmuni turut mencabar Mohd Fakhrudin mengemukakan bukti dakwaan bahawa Islam, raja Melayu dan bahasa Melayu diancam secara halus dan terancang oleh individu serta organisasi tertentu ketika ucapan perbahasan berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

