Majlis Raja-Raja kecam kezaliman Israel, gesa kerajaan terus bersuara bela rakyat Palestin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MAJLIS Raja-Raja Melayu berkenan sepakat mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan, penindasan dan kezaliman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin apatah lagi melibatkan kematian terutama wanita dan kanak-kanak.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, kecaman itu disuarakan Majlis Raja-Raja dalam perbincangan sesi pra-mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara berkenaan konflik Palestin-Israel yang masih berlarutan sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Syed Danial, Majlis Raja-Raja turut menzahirkan rasa dukacita dan gusar dengan perkembangan terkini yang mana masyarakat antarabangsa serta kuasa-kuasa besar dunia masih belum lagi mencapai kata sepakat dalam mencari jalan penyelesaian bagi menghentikan konflik tersebut.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan Raja-Raja Melayu menggesa kerajaan untuk terus bersuara membela rakyat Palestin dan membantah penindasan serta kezaliman yang berterusan rejim zionis Israel di pentas antarabangsa atas tanggungjawab kemanusiaan dan agama.

“Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja menyokong dan berpegang teguh dengan pendirian kerajaan Malaysia selama ini bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel, hak dikembalikan tanah yang dirampas oleh Israel dan hak membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta Masjid Al-Aqsa akan kekal sebagai tempat ibadah umat Islam.

“Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja juga turut menggesa kerajaan Malaysia untuk terus mengambil inisiatif dan langkah proaktif di pentas antarabangsa bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lawatan Anwar bukti solidariti Malaysia, Mesir dukung perjuangan Palestin

Mengulas lanjut, Syed Danial memaklumkan, Majlis Raja-Raja menyeru seluruh rakyat supaya terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menghulurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka.

“Raja-Raja turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing, agar konflik Palestin-Israel terbaharu ini dapat dihentikan dengan segera serta rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Zionis Israel.

“Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja juga turut menyeru masjid dan surau di negara ini serta rakyat yang beragama Islam di kediaman sendiri untuk terus mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This