KPM kuat kuasa garis panduan pengurusan isu gangguan seksual

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) sudah menguatkuasakan garis panduan pengurusan isu berkaitan gangguan seksual bagi memastikan tahap keselamatan institusi pendidikan di bawahnya terjamin.

Menteri berkaitan, Fadhlina Sidek, berkata, disebabkan itu, tindakan tegas di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah usaha kerajaan melindungi golongan terbabit secara lebih berkesan.

“Kita sememangnya komited dengan kenyataan dan peringatan itu dan di peringkat KPM, kita sudah beri komitmen sepenuhnya (dalam menangani isu gangguan seksual ke atas pelajar).

“Sebab itu saya fikir penting untuk saya memperingatkan bahawa KPM tempoh hari sudah meluncurkan garis panduan pengurusan gangguan seksual di peringkat institusi pendidikan.

“Ini menunjukkan kita memandang serius kes pelajar yang menjadi mangsa penderaan seksual,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu Fadhlina melancarkan Program Makanan Kesihatan (PROMAK) dan PROMAK Riang Ria Nutri anjuran syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), hari ini.

Baca artikel lain: TH teruskan bantuan kewangan haji bersasar

Mengulas lanjut, Fadhlina berharap kes berkaitan salah laku dan gangguan seksual di institusi pendidikan dapat dinoktahkan melalui pengenalan garis panduan yang perlu dipatuhi setiap warga kementerian berkenaan.

“Ini bukan sekadar garis panduan, tetapi menunjukkan keseriusan kita memastikan isu berkait rapat gangguan seksual ini benar-benar ditangani di peringkat KPM.

“Kita berharap seluruh warga KPM memberi komitmen dalam pelaksanaan garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan, tindakan pendakwaan boleh dikenakan ke atas guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual sekiranya menyembunyikan kejadian berkenaan.

Tindakan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) itu adalah ke atas mereka termasuk orang awam yang gagal melaporkan kejadian menimpa mangsa kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Azalina mengakui sehingga kini belum ada pihak yang didakwa bagi kesalahan terbabit walaupun ia termaktub di bawah undang-undang berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This