Kebocoran gas amonia, kawasan perindustrian Ara Damansara ditutup

Dari Penulis

POLIS mengesahkan Jalan PJU 1A/13 Taman Perindustrian Jaya, Ara Damansara ditutup susulan kebocoran gas amonia yang berlaku di sebuah kilang ais.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 10.17 malam tadi.

Beliau berkata, sepasukan 27 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dan 18 angota polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kawasan sekeliling Taman Perindustrian Jaya yang mempunyai keluasan lebih kurang 400 meter telah ditutup oleh orang awam.

“Ini kerana siasatan mendapati bacaan indeks pencemaran sebanyak 200 parts per million (ppm),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa yang terkesan dalam kejadiaan ini.

Penduduk berdekatan yang terhidu bau gas dan mengalami simptom pening serta munta perlu memaklumkan segera kepada polis dan mendapatkan rawatan di hospital.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This