Minat mendalam dalam bidang IT sejak dibangku sekolah, membuatkan jejaka berusia 40 tahun ini bergelar usahawan IT menerusi syarikat Terato Tech Sdn Bhd.
Menurut pengasas Terato Tech Sdn Bhd, Reza Razali, Terato Tech adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan membina aplikasi mobile sejak tahun 2007.
“Idea untuk menubuhkan Terato Tech ini timbul ketika telefon iPhone pertama diperkenalkan pada tahun 2007.
“Pada waktu itu saya nampak ada potensi membangunkan aplikasi di peranti pintar dan terus menubuhkan Terato Tech.
“Sejak ditubuhkan kami telah membangunkan banyak aplikasi seperti perbankan, syarikat utiliti, dan macam-macam lagi,” kata Reza.
Bercerita tentang cabaran dalam perniagaan dalam bidang IT, Reza memberitahu mencari tenaga kerja adalah cabaran utama semasa mula sedang membangunkan Terato Tech.
“Sewaktu Terato Tech mula membuat aplikasi pada tahun 2007 tidak ramai yang mahir dalam bidang tersebut.
“Jadi untuk mencari staff memang sukar sehingga kami terpaksa mencari mereka yang berbakat di sekolah dan universiti serta melatih mereka,” cerita Fahmi.

