Kuda mati dilanggar Ford Ranger

Dari Penulis

SEEKOR kuda mati selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Sungai Tua- Ulu Yam, arah Selayang, 6.30 pagi tadi.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/1445

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pemandu Ford Ranger dalam perjalanan dari Antara Gapi ke Sri Gombak.

Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, pemandu berusia 54 tahun itu telah menyedari terdapat seekor kuda berada di laluannya dan tidak sempat mengelak sehingga berlaku kemalangan.

“Akibat kejadian, kuda terbabit telah mati di lokasi kejadian manakala pemandu serta penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubung Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Mohd Sakri Mat di talian 019-914 5899.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This