PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan yang Kerajaan Perpaduan tidak sama sekali menentang golongan yang berpendapatan tinggi atau orang kaya.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, sebaliknya beliau melihat bahawa langkah penyasaran subsidi itu bertujuan untuk memastikan golongan yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat tersebut.
Menurut beliau, subsidi sebelum ini dinikmati lebih 3.5 juta orang asing dan golongan ‘maha kaya’ yang mana sepatutnya tidak layak mendapat manfaat itu.
“Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kita buat penyasaran subdisi. Kalau cara ini menyebabkan rakyat terbeban, harga gula naik, atau harga ayam atau tepung naik, kita tidak akan ubah dasar subsidi ini.
“Tetapi kita beri suntikan tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melibatkan sembilan juta rakyat yang akan mendapat faedah daripada bantuan daripada kerajaan untuk mengurangkan beban mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.
Baca juga: Malaysia kutuk segala bentuk keganasan – Anwar
Dalam pada itu, mengulas mengenai penggunaan perkataan ‘maha kaya’, Anwar berkata, perkara itu tidak menyalahi hukum bahasa dan bercanggah dengan mana-mana maksud.
Hal itu menurut beliau kerana terdapat beberapa perkataan lain yang boleh dipadankan dengan ‘maha’ dan tidak eksklusif kepada perkataan tertentu sahaja.
“Ada yang kata, mana ada maha kaya. Tidak betul… Mahasiswa, ada pula. Ada lagi istilah seumpanya, maha adil. Sebab ada yang kata tidak boleh. Ini hukum. Ini hanya untuk Allah SWT (Maha Suci), paling tidak, maha mulia hanya untuk pada sultan. Mahasiswa boleh, mahaguru boleh, mahawangsa boleh. Ini kena belajar bahasa la.
“Saya tanya Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah ini, ia ikut zaman. Dulu tidak ada alaf, tidak ada mampan, tidak ada ketelusan. Saya setuju dengan Ahli Parlimen Bera supaya kita sama-sama memperkasakan Bahasa Melayu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

