MyAQSA kemuka bukti kekejaman Israel ke ICC bulan ini

Dari Penulis

YAYASAN MyAQSA (MyAQSA) akan mengemukakan bukti kekejaman negara tidak diiktiraf Israel terhadap rakyat Palestin ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam bulan ini.

Pengerusi Bersama Pasukan Undang-Undang MyAQSA, Lukman Sheriff Alias berkata, segala bukti dikemukakan adalah bagi membantu ICC dan memastikan pendakwaan ke atas Israel dapat dilaksanakan.

Katanya lagi, sejak tahun 2018, MyAQSA mahu membawa rejim Zionis ke ICC sehingga siasatan rasmi dimulakan pada Februari 2021.

“Kami bekerjasama dengan kerajaan dan Kedutaan Palestin di Malaysia bagi mengumpul bukti berhubung kekejaman dan jenayah rejim Zionis Israel.

“Kami sudah menyediakan maklumat lengkap, termasuk bukti terkini yang memperincikan jenayah perang dilakukan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

“MyAqsa akan menghantar laporan dan bukti ini kepada pejabat Pendakwa Raya ICC untuk tindakan segera,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali mengadakan sidang media mengenai pencerobohan Israel di bumi Palestin di Kedutaan Palestin, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Jakim siasat isu jual daging babi di kaunter umum – Mohd Na’im

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Duta Palestin ke Malaysia, Walid AM Abulim berhubung kekejaman Israel di Kedutaan Palestin, hari ini.

Mengulas sama ada tindakan boleh dibawa ke ICC memandangkan Malaysia tidak menandatangani Statut Rom ICC, Lukman berkata, perkara itu tidak menjadi masalah.

Tegasnya, Amerika Syarikat (AS) juga tidak menandatangani Statut Rom ICC namun tetap memanggil Presiden Russia, Vladimir Putin atas jenayah perang.

“Sebelum ini, keputusan ICC mengiktiraf Palestin sebagai Pihak Negara kepada Statut Rom dan MyAQSA terbabit secara langsung dalam kes berkenaan sebagai amicus curiae (rakan mahkamah).

“ICC turut memutuskan mahkamah terbabit memiliki bidang kuasa untuk membicarakan kes jenayah Israel terhadap Palestin, khususnya di Tebing Barat dan Gaza,” katanya lagi.

adikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This