Ahli Parlimen Pembangkang dinasihatkan untuk terus berbincang dengan Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung isu peruntukan bagi kawasan mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan peruntukan itu perlu dibincangkan bersama dengan Fadillah selaku Timbalan Perdana Menteri Kedua.
“Tiada, bincang dengan Datuk Seri Fadillah,” katanya ringkas memetik laporan Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ahli Parlimen pembangkang yang mahu menghentikan rundingan berhubung peruntukan untuk kawasan mereka
Baca juga: Pembangkang tak teruskan usaha minta peruntukan Ahli Parlimen dari kerajaan
Semalam, pembangkang menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan permohonan peruntukan bagi Ahli Parlimen kerana mendakwa syarat diminta kerajaan tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sudah dua kali beliau bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berhubung perkara tersebut.
“Saya mengesahkan, saya lebih daripada sekali berjumpa dengan TPM2 yang dikatakan diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk bincangkan peruntukan ini.
“Apa yang diminta daripada TPM2 ini ialah supaya pihak pembangkang menulis surat kepada mereka memberikan jaminan tertentu dan sebagainya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

