Lelaki ugut Menteri Pendidikan di platform X ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki yang dipercayai membuat hantaran mengandungi kenyataan berbaur ugutan jenayah terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di platform media sosial X, ditahan polis semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut Mohd Shuhaily, lelaki berkenaan telah ditangkap sekitar kawasan Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

“Tangkapan disyaki pemilik atau pengendali akaun Twitter (kini dikenali sebagai platform X) @syahmisufi8 berumur 28 tahun.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah telah dibenarkan selama tiga hari.

“Setakat ini terdapat empat laporan polis diterima berhubung fakta isu yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 2 lelaki ditahan godam papan menu restoran makanan segera dengan mesej anti-Israel

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Pada masa sama, beliau berkata, ia juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan lain-lain.

“Kes masih di peringkat siasatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan keselamatan dan kegentaran awam ketika menggunakan media sosial,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This