KEMBARA ke mana sahaja, namun dalam apa jua keadaan, wanita tetap perlu kelihatan cantik! Apatah lagi sepanjang perjalanan, pasti banyak gambar dirakam untuk kenangan bukan? Menjadi cantik bukan bermakna anda perlu membawa semua jenis kosmetik yang ada di rumah. Oh, ada senarai ringkas untuk bantu anda meringankan bagasi
Toiletries
● Letakkan alat toiletries (kebanyakannya barangan basah) di dalam satu plastik kedap udara, jangan biarkan bersepah.
● Gel mandian, syampu, pencuci muka – buka botol atau tiub produk dan picit keluar angin berlebihan untuk mengelakkan ia tumpah kerana tekanan udara
● Berus gigi & ubat gigi – sesetengah negara mempunyai polisi di mana pihak hotel dilarang menyediakan berus dan ubat percuma kepada penginap! contoh Korea Selatan
Mekap
● Kumpul semua alat solek dalam satu beg mekap kecil sahaja.
● Krim BB – Mudah, ia adalah gabungan penyamar noda, bedak asas dan pelembap wajah.
● Maskara, pemerah pipi, salap bibir berwarna dan loose powder ini kumpulan alat solek pelengkap yang paling minimum.
Pembayang mata
● Jika anda memang tidak boleh lekang dengan pembayang mata, pilih hanya satu warna yang boleh disesuaikan dengan apa sahaja acara dan pakaian anda.
● Pilihan saya? Warna coklat gelap kerana ia natural dan boleh bertindak sebagai pembayang mata, penggaris mata dan perapi kening sekaligus!
Penting!
Deodorant & minyak wangi
● Kedua item ini adalah penyelamat anda untuk melalui hari yang panjang. Bawa jenis roller atau balut botol pewangi kegemaran anda dengan stoking dan letakkan di dalam beg kasut. Andainya botol kaca tersebut pecah, ia tidak akan menyebabkan satu beg pakaian anda rosak!
Tisu basah
● Ia alternatif terbaik jika anda tidak sempat mandi atau ke lokasi yang tiada bekalan air sempurna.
● Sunblok & sikat
Tip Kembara
● Ambil tahu peraturan yang ditetapkan pihak lapangan terbang.
● Hampir semua lapangan terbang utama di dunia mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization bermula 2007 terutama mengenai keselamatan membawa bahan cecair, gel dan jenis aerosol. Dapatkan maklumat awal dalam laman web lapangan terbang yang terbabit.
● Gel mandian, syampu, ubat gigi, maskara, pengilat bibir, krim, losen, minyak wangi, bekas bertekanan tinggi seperti semburan deodoran dan busa cukur serta aerosol adalah dikira sebagai cecair.

