Pelaksanaan projek-projek tahun ini lebih baik tapi belum cukup memuaskan – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan projek-projek pada tahun ini ketimbang tahun lepas adalah lebih baik, tetapi belum cukup memuaskan.

Sehubungan itu Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta semua kementerian mempercepatkan pelaksanaan projek-projek yang dirancang sebelum akhir tahun ini.

“Unjuran perbelanjaan dan perlaksanaan untuk 2023 kena atasi 90 peratus pelaksanaan. Kita harapkan pelaksanaannya dapat dipercepatkan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini,

Katanya beliau juga telah meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk menyelaraskan kecepatan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam negara.

“Sering kali cabaran yang dihadapi adalah berhubung pelaksanaan keputusan-keputusan utama, termasuk berkaitan projek-projek, itu yang selalu menjadi masalah… kita nak mudahkan cara berurusan,” katanya.

Sementara itu, Anwar meminta Bank Negara dan Petronas yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya berkongsi kepakaran dalam bidang berkenaan dengan jabatan-jabatan kerajaan.

Baca artikel berkaitan: Malaysia tak iktiraf keputusan AS sekatan unilateral – PM

Perdana Menteri berkata beliau telah berbincang dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Rasheed Ghaffour supaya kepakaran itu dimanfaatkan oleh jabatan kerajaan.

“Bidang ICT dalam sektor awam perlu penambaikan dan berubah dengan pantas, seiring dengan perubahan bidang ICT yang disifatkan mencabar dan luar biasa pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata dalam usaha untuk mempertingkatkan kepakaran dan kemahiran dalam bidang ICT di negara ini, kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan kerajaan pimpinannya.

“Ini soal transformasi digital, peralihan tenaga, hala tuju baharu bagi perundustrian, itu semua persoalan menggapai sesuatu yang tinggi, tetapi dalam menggapai langit jangan kita lupa untuk berakar di bumi… kita juga harus fikir masalah-masalah asas rakyat seperti harga barang, tandas sekolah dan jalan berlubang,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Nafuzi Zain kembali kendali Terengganu FC

BEKAS jurulatih bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan, Mohd Nafuzi Mohd Zain atau Nafuzi Zain kembali semula menerajui Terengganu FC...

More Articles Like This