Neelofa sedia bersemuka dengan Fazura, dah tak larat terus jadi mangsa ‘batu api’ – “Saya sangat terbuka untuk meletakkan tanda noktah”

Dari Penulis

SELEBRITI Neelofa mendedahkan dia sedia bertemu dengan pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura untuk meleraikan perselisihan faham yang timbul di antara mereka.

Menurut Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor,34, dia sudah penat dengan semua isu yang timbul akibat daripada sikap ‘batu api’ netizen yang suka melaga-lagakan dirinya bersama rakan artis itu.

“Bila fikir balik dah 13 tahun perkara ini berlaku, jadi saya rasa jika diberikan peluang dan ruang untuk saya berdamai dan berbaik, saya akan sambut dengan baik dan saya dapat rasakan Fazura pun begitu.

“Jika kedua pihak boleh buat perkara ini, ia boleh beri kesan kepada peminat saya dan Fazura untuk ambil kebaikan.

“Supaya dah tiada siapa nak api-apikan kami lagi. Sebab masing-masing pun sudah berkeluarga dan sudah ada anak. Dua-dua juga mahu bergerak ke hadapan dan memberi semua kepada komuniti.

“Kalau asyik kena batu api dengan netizen kami pun tak larat,” katanya kepada URTV ketika ditemui di sidang media MOMAwater x Neelofa di sebuah hotel dekat ibu kota, hari ini.

Ujar Neelofa, dia sentiasa terbuka untuk berdamai dan meletakkan tanda noktah kepada semua konflik yang timbul sebelum ini.

“Jika diberikan ruang dan peluang, saya sangat terbuka dengan jiwa yang besar untuk meletakkan tanda noktah sebab saya sangat penat.

“Kami tiada apa-apa pun. Saya lihat dia pun tak cari pasal dan cakap apa-apa. Tapi yang cakap lebih-lebih adalah orang luar yang tiada kaitan dengan hidup kami pun,” tambahnya.

Terdahulu, timbul satu gosip daripada sebuah kelab peminat Neelofa yang mendakwa Fazura ke kelab malam di Indonesia dengan mengenakan ‘hoodie’ dan topi sahaja.

Bagaimanapun, Fazura menafikan perkara tersebut dan menganggap tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu sangat berat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This