PARTI Bersatu akan merujuk dua Ahli Parlimen daripada parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada Lembaga Disiplin Bersatu.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Lembaga Disiplin parti itu akan bersidang dalam masa terdekat untuk menentukan hukuman terhadap Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik.
“Dua kes pertama melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar (Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid ) dan Ahli Parlimen Labuan, (Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman), masing-masing digantung keahlian empat dan enam tahun oleh Bersatu,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, malam ini.
Baca artikel lain: Program Tabika Pra Tahfiz di 10,843 Tabika KEMAS – Ahmad Zahid
Terdahulu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan keputusannya untuk menyokong Perdana Menteri pada 12 Okt lepas diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt.
Seterusnya, perkara sama dilakukan oleh dua lagi ahli Parlimen iaitu Mohd Azizi yang menyatakan sokongan itu pada Selasa lepas dan Zahari mengisytiharkan sokongannya semalam.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

