Malaysia dan Iran setuju tingkat hubungan dua hala – Perdana Menteri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN Iran, Seyyed Ebrahim Raisi menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara kerjasama yang boleh dipertingkatkan termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi selain meneroka peluang kerjasama baharu.

“Pada 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran adalah sebanyak RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2 peratus dari 2021) dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran.

“Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di media sosial setelah mengadakan pertemuan dengan Seyyed Ebrahim selepas Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-8 antara Negara-Negara Liga Arab dan Negara-Negara OIC.

Baca juga: Anwar adakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin Pakistan dan Iran

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau dan Seyyed Ebrahim turut bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.

Katanya, Malaysia dan Iran juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk proses gencatan senjata oleh Israel perlu dilakukan serta-merta.

“Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This