KPM Johan Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad 2023

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PASUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KMP) berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kemenangan itu secara tidak langsung memberi penghormatan buat Malaysia apabila Jalur Gemilang dikibarkan di pentas antarabangsa.

“Satu penghormatan buat Malaysia menyaksikan Jalur Gemilang berkibar di pentas antarabangsa selepas Pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya meraih Johan Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang telah diadakan di Panama City, Panama baru-baru ini.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kontinjen negara yang diwakili oleh 49 orang peserta dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah serta pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG),” katanya menerusi perkongsian di media sosial hari ini.

Baca juga: KPM, KPT perlu tumpu tingkat mutu pendidikan – Anwar

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kejayaan memenangi kejohanan itu merupakan kejuaraan kali ke-11 daripada 19 kali penyertaan Malaysia dalam WRO.

Menurut beliau, pasukan negara telah berjaya meraih empat pingat emas dan dua pingat perak daripada keseluruhan tujuh kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’ Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This