Misteri ‘Deja vu’ – Perasaan aneh yang dialami hampir semua manusia

Dari Penulis

“SEPERTI pernah aku lihat tempat ini. Tapi di mana ya?” Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda mempunyai perasaan apa yang dilihat atau dilalui telah dilihat pada masa lalu. Ia mungkin muncul secara tiba tiba dan anda merasakan keadaan itu sudah pernah dialami. Ataupun ia muncul di dalam mimpi dan kemudian menjadi benda yang nyata.

Percaya atau tidak, hampir semua daripada manusia pernah mengalami perasaan aneh seperti ini. Inilah yang dinamakan Deja Vu. Ia membawa maksud kita seakan pernah melihat atau melalui satu keadaan tempoh masa, sama ada di masa depan ataupun di masa silam.

Sesuatu yang pelik, setiap kali perasaan itu hadir, lazimnya kita tidak mampu mengingati secara tepat tentang bila dan di mana lokasi sebenar peristiwa itu terjadi. Namun, sensasi misteri itu begitu membingungkan hingga membuatkan kita asyik berfikir mengenainya.

Kejadian ini bagaimanapun bukanlah satu fenomena abnormal. Kemunculannya hanyalah sekadar alamiah spontan. Ia berlangsung dalam beberapa saat dan di luar kawalan.

Komuniti sains menyebut Deja Vu sebagai ‘paramnesia’ dan ‘memori khayalan’. Deja Vu dalam bahasa Perancis bermaksud ‘pernah melihat’. Ia pertama kali diguna pakai oleh seorang ilmuwan Perancis, Emile Boirac pada tahun 1876.

Zaman itu, ramai bertanya kepada Boirac tentang bagaimana Deja Vu boleh terjadi. Dipersoalkan juga adakah memori itu petanda bahawa kita telah kembali ke masa lampau atau ia cuma kebetulan?

Bagi menjawab persoalan itu, dia kemudian membuat penyelidikan khusus tentang Deja Vu. Malangnya, Boirac gagal menyelesaikan misteri itu secara menyeluruh. Tanda ­tanya ini kemudian cuba dibongkar oleh para penyelidik moden. Sehinggalah akhirnya pelbagai teori muncul yang dipercayai boleh merungkaikan misteri tersebut.

Salah satunya ialah teori sensasi optik di mana ketika perhatian mata kita tertumpu di hadapan, tanpa disedari pandangan sisi mata sebenarnya telah merakam peristiwa dan suasana di sekeliling kita. Rakaman itu kemudian disimpan dalam memori sehingga menimbulkan perasaan ‘familiar’ atau biasa pada pengalaman baru dalam hidup.

Teori optical pathway delay ini juga menjelaskan bahawa orang buta pun boleh mengalami Deja Vu. Biasanya mereka akan alaminya menerusi deria bau, pendengaran dan sentuhan.

Hipotesis ini mirip dengan teori ‘cell phone’ yang dimajukan oleh Dr. Alan Brown dari Universiti Duke, California. Jelas Brown, otak akan menyimpan informasi tentang segala kondisi di sekeliling kita. Sebagai contoh, jika kita berjalan di tepi pantai sambil bercakap dengan seseorang, perhatian kita pada masa itu tidak tertumpu pada suasana sekeliling. Padahal otak kita merakamkan suasana itu secara tidak sedar.

Pensyarah Neurologi Kognitif dari Universiti Leeds, Chris Moulin, bagaimanapun mengatakan perasaan ‘pernah alami’ itu sebenarnya adalah kesalahan persepsi atau delusi. Susumu Tonegawa, seorang ahli neurologi Jepun kemudian cuba mencari kebenaran teori ini.

Dia mengumpulkan sejumlah tikus yang bersifat abnormal sebagai bahan eksperimen untuk melihat kondisi bahagian otak dentate gyrus haiwan tersebut. Dentate gyrus merupakan bahagian kecil dari hipokampus di bahagian otak haiwan bertulang belakang. Ia berkait rapat dengan ingatan episodik, iaitu memori mengenai pengalaman peribadi.

Tonegawa berkata, tikus normal mempunyai kemampuan yang sama seperti manusia dalam membezakan persamaan dan perbezaan beberapa situasi. Tapi, bagaimana pula dengan tikus tidak normal? Ketidakpastian inilah yang ingin dicarinya.

Hasil kajiannya, dia menemukan dentate gyruspada tikus­-tikus tersebut tidak berfungsi dengan normal. Lalu, dia menyimpulkan bahawa kerosakan sel­-sel pada bahagian dentate gyrus pada tikus atau manusia boleh menyebabkan kesulitan untuk membezakan dua situasi yang serupa tapi tidak sama.

Pada tahun 1963, seorang pakar neurologi dari California, Dr. Robert Efron pula memberitahu bahawa otak akan menganggap sebuah maklumat itu sebagai memori masa lalu jika berlaku kelewatan respons pada saraf di bahagian Lobus Temporal. Di sinilah katanya kemungkinan pencetus kepada episod Deja Vu.

Pun begitu, semua penerangan tersebut hanya sekadar teori. Tiada satu pun di antara kesemua hipotesis itu telah dibuktikan ketepatannya.

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kecoh dakwaan Kuil Ular jadi tempat memohon hajat orang Islam, Malar dedah cerita sebenar

Isu berkaitan sebuah rumah ibadat yang dikenali sebagai Kuil Ular kembali menjadi perbualan di media sosial. Sebelum ini, Mastika mendapat...

More Articles Like This